Tuesday, September 23, 2008

SINONIMNYA RAMADHAN DAN ANAK-ANAK YATIM - 1

Terpapar sudah di muka depan dan sisipan akbar-akhbar arus perdana program dan majlis-majlis khas meraikan anak-anak yatim dan juga miskin. Begitulah juga media elektronik acap kali disiarkan majlis keraian yang melibatkan anak-anak yatim.

Boleh dikatakan hampir setiap hari bermula awal di bulan Ramadhan sehingga kini kelihatan anak-anak yatim ini diraikan oleh semua lapisan masyarakat, tidak kira para pembesar negara, para artis yang popular, agensi–agensi kerajaan, apatah lagi badan-badan korporat dan swasta dan tidak lupa juga IPTA dan IPTS. Masjid-masjid dan surau-surau yang berkemampuan juga tidak mahu ketinggalan.

Ini belum pula lokasi majlis, ada di hotel-hotel yang bertaraf sehingga lima bintang, restoran mewah. Kalau yang kurang bajetnya, di dewan-dewan orang ramai dan masjid pun ada, asalkan majlis boleh berlangsung … cukuplah.

Diyakini juga program dan majlis ini telah dirancang dengan begitu rapi sekali. Ada yang dirancang berbulan lebih awal hanya untuk menjanjikan bulan Ramadhan ini mereka tidak ketinggalan. Organisasi yang lewat mungkin tidak dapat mengadakan majlis ini kalau tak percaya tanyalah organisasi yang lewat ini. Maklumlah ada tiga puluh hari sahaja di bulan Ramadhan. Rumah-rumah anak yatim boleh dikatakan “Full House” sama pula macam panggung wayang yang menayangkan cerita ‘box office’.

Semuanya, boleh dikatakan berebut-rebut menganjurkan program untuk meraikan anak-anak yatim ini. Mereka diraikan dengan makanan yang enak-enak dan lazat, dicurahkan dengan pakaian dan kasut untuk menyambut Hari Raya yang bakal menjelang, ada yang dapat sampai 15 pasang baju melayu dan kasut, cukup sampai Hari Raya yang ke 15.

Dan tidak lupa yang paling penting duit hari raya yang kadang-kadang mencapai ratusan ringgit. Ada juga yang dihiburkan dengan nyanyian nasyid dan para pelawak yang mencuit hati, dengan harapan anak-anak ini berasa seronok dan gembira sekurang-kurangnya di bulan puasa ini.

Dengar cerita ada juga anak-anak yatim yang duduk di rumah anak yatim ini sampai 30 hari berbuka di luar.

Sekali pandang, hebat sungguh rakyat Malaysia ini, cukup perihatin dengan nasib yang menimpa anak-anak yatim ini, …sungguhlah tercapai jugalah keinginan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai Masyarakat Penyayang, pemimpin yang perihatin, badan koporat yang sentiasa menunaikan menunaikan tanggungjawab sosialnya.

Tetapi jika dua kali pandang macam ada yang tak kena…. Nak dikatakan salah meraikan anak-anak ini tak boleh pula, marah pula nanti Alim Ulamak dan mereka yang bersusah payah menganjurkan Majlis ini. Bermacam akan dikatakan antaranya ikut hukumlah dan ada pula nanti yang berkata … duit mereka, bajet mereka …. ikut suka merekalah, kamu tak kasihan ke pada anak-anak ini?? Macam mana nak jawab pulak. Betullah kata mereka.



Kalau tiga kali pandang pulak … memang sah ada yang tak kena…Ya lah.. contohnya bulan puasa ini 30 hari sahajakan, setahun ada 365 hari maksudnya ada 335 hari lagi…. Anak-anak yatim ini buat apa pulak. Tak nampak cerita pun di akhbar-ahkbar dan media elektronik tempatan macam bulan Ramadhan. Kalau ada pun … nun tersorok di mana-mana sampai susah nak baca …. sebab tak jumpa.

Ada ke tidak program atau majlis yang lain dari majlis meraikan dan sumbangan untuk anak-anak yatim ni?

Ada ke pula program dan majlis yang lain dari berbuka puasa untuk anak-anak yatim ini.?

Hairan juga, mana perginya semua masyarakat penyayang, pemimpin berjiwa rakyat, korporat yang perihatin tadi….yang berebut-rebut menganjurkan program untuk anak yatim ini.

Kalau tolong dan bantu anak-anak yatim selain dari bulan ramadhan tak dapat pahala kot…..


Samb…

7 comments:

Hawk Tan said...

Saudara Salehuddin,

Salam Sejahtera,

Terima kasih kerana melayari blog saya dan sudi memberi komen.

Mengenai penguasaan Bahasa Melayu bolehlah saya belajar dari saudara.

Artikel yang menarik...keep it up.

Selamat Berpuasa

Hawktan

joharihamzah said...

uncle,

tahniah saya ucapkan atas kelahiran blog yang dinanti-nantikan..

semoga rajin2 menulis dan sentiasa update.

oh, ikan bakar arituh sedap betul lah..campur ngan kerang bakar lagi..hai, lapar plak dibuatnya.

mungkin akan datang uncle boleh wat lagi, kali ni mungkin boleh jemput lebih ramai, termasuk rakan blogger kita..

TQ

joharihamzah said...

p/s - saya fikir saya orang pertama, rupanya Abang Daniel dh 'sampai dulu'..

haI,dapat no 2 pon ok laa..

Hawk Tan said...

p/s. Hahaha..Sorry la...Adik Jo

Zalkafya said...

salam uncle..
kebanyakan org menganggap bila tiba bulan puasa, pahala kebajikan dan ibadah digandakan. menjadikan mereka berlumba2 memberi sumbangan terhadap anak2 yatim. betul la tu.. ketika bulan2 lain, mereka menghabiskan masa untuk mengumpul harta untuk ramadhan yang akan datang.. x sempat nak jenguk anak2 yatim pun. sebenarnya dalam al-quran ada menyatakan bila kita infaqkan sebahagian harta kita untuk sedekah, dimisalkan seperti sebutir biji benih, yg jadi sepohon pokok dengan tujuh dahan, dah setiap dahan tu akan berputik buah (yg menjadi benih balik) sebanyak seratus biji.
bermakna setiap kebajikan akan dijanjikan dengan 700 kali ganda kebaikan atau pahala. ini bukan saja tertakluk pada bulan ramadhan sahaja. tapi bulan2 lain juga. wallahua'alam.
dengan yang demikian. perlu diadakan lebih banyak promosi kepada badan2 kerajaan dan private utk terus berbakti kepada manusia sejagat terutama golongan2 yang memerlukan.

uncle said...

Sdr Hawk Tan,

terima kasih kerana sudi melayari blog saya.... dan saya berharap hubungan ini akan berpanjangan.

Sdr Jo,

Majlis bersama rakan blogger akan diadakan sudah pasti ... tapi bagi masa pada uncle untuk mengembangkan jaringan blogger agar majlis nanti lebih meriah.

p.s pasal gambar dengan sofia jane tu ... maaflah tak sempat nak ambik gambar bersama sebab ada orang dah potong line uncle.


sdr zalkafya,
tunggu artikel seterusnya.....

Zalkafya said...

ok2.