Thursday, February 12, 2009

JANGAN SERIK BILA MENDIDIK


Uncle baru selesai memantau kes di Mahkamah Kanak-Kanak, terpaksa berhati kering walaupun di dalam hati perasaan tersentuh juga. Apabila kes-kes kanak-kanak berlanjutan sehingga 6 tahun baru ada jalan penyelesaiannya. Itu tak pe lagi jika dibandingkan dengan satu lagi kes yang mengakibatkan seorang kanak-kanak itu yang berumur 16 tahun terpaksa ditahan ditempat yang tidak sepatutnya .. penjara... apabila wang jaminan tak dapat disediakan oleh keluarga... jumlahnya RM2,000. Nilai memang subjektif....bergantung kepada kemampuan .... tapi berbaloi ke dengan masa setahun terpaksa duduk dalam penjara sebab parent tak dapat cari RM2000....

Ada banyak lagi kes yang melibatkan kanak-kanak... tapi uncle nak tarik perhatian kepada satu kes seorang kanak-kanak yang ditahan atas kesalahan curi motor.... kes ni kes yang kedua ... seminggu sebelum kes ni ... kanak-kanak ini telah ditahan dalam satu kes yang sama ... curi motor... tak sampai seminggu dah kena tangkap kes baru....

Ikut amatan ...budak nampak ok tapi di dalam siapa yang tahu.... ikut laporan akhlak JKM teruk jugak kes budak ni, tak dengar kata, melawan dan macam-macam lagi... yang jadi ceritanya panjang ialah bila keluarga dah tak sanggup nak jamin... biarlah di bawa ke sekolah khas.... Ikut amalan uncle jarang sangat kes seperti ini uncle nasihatkan kanak-kanak dihantar ke sekolah khas ... bagi uncle lebih baik dalam usia yang muda kanak-kanak ini perlu bersama keluarga dan beliau dihantar mengikut bengkel interaktif dan kaunseling..... lebih baik.

Uncle cuba nak nasihatkan keluarga.... mak dan kakaknya.... supaya mengambil tanggungjawab jaga kanak-kanak ini.....sebab uncle takut dan risau kerana tiada apa-apa jaminan anak ini akan berubah apabila beliau masuk ke sekolah khas kelak.... maklumlah macam-macam orang ada disitu.

Akhirnya..... keluarga kanak-kanak telah putuskan juga untuk hantar beliau ke sekolah khas ini.....kanak-kanak ini menangis ..... merayu.... pada keluarga ... tak mau katanya..... Tapi ape boleh buat lagi bila keluarga sendiri sudah nekad.... kanak-kanak ini akhirnya diperintahkan masuk ke sekolah khas....menangis macamana lagi pun dah tak guna...

Apa yang uncle nak bangkitkan ialah .... amatlah menyedihkan apabila seorang kanak-kanak ditolak oleh keluarga sendiri.... perasaan ....hanya kanak-kanak yang sahaja yang tahu. Tindakan setengah keluarga memang nampak keras... tapi mungkin ia bagus dan sebaliknya... subjektif sekali. bagi yang dapat anak baik dan mendengar kata mungkin tak jadi hal... tapi yang dianugerahkan sebaliknya macam mana pulak.... perlu ke kita mudah sangat serik atau give up.... susah uncle nak jawap. ...

Uncle berharap dan berdoa pada yang Maha Esa..... uncle pun ada anak.... harapan pada dia cukup tinggi.... harap dia faham... untuk give up didik dia ... doa pada tuhan harap-harap jangan walaupun sekali.

ps. tak boleh cerite detail sangat... kanak-kanak dilindungi oleh Akta kanak-Kanak 2001.

Monday, February 2, 2009

BERSUNGGUH-SUNGGUH

Baru selesai memantau program... ada rasa sedikit kecewa bila masih ada dikalangan kita masih tak faham atau tak mahu faham maksud perkataan ‘BERSUNGGUH-SUNGGUH’. Senang disebut tapi susah dilasanakan... kenapa uncle berpendapat begini ... mungkin uncle dah nampak ramai sangat orang yang bercakap akan betapa pentingnya kita bersunguh-sungguh ... tidak kira dalam apa bidang yang kita ceburi ataupun kerja yang kita laksanakan...tetapi hakikatnya orang yang melaungkan perkataan ini sendiri pun tidak mampu bersungguh-sungguh dalam menjalakan tanggungjawabnya......