Thursday, February 12, 2009

JANGAN SERIK BILA MENDIDIK


Uncle baru selesai memantau kes di Mahkamah Kanak-Kanak, terpaksa berhati kering walaupun di dalam hati perasaan tersentuh juga. Apabila kes-kes kanak-kanak berlanjutan sehingga 6 tahun baru ada jalan penyelesaiannya. Itu tak pe lagi jika dibandingkan dengan satu lagi kes yang mengakibatkan seorang kanak-kanak itu yang berumur 16 tahun terpaksa ditahan ditempat yang tidak sepatutnya .. penjara... apabila wang jaminan tak dapat disediakan oleh keluarga... jumlahnya RM2,000. Nilai memang subjektif....bergantung kepada kemampuan .... tapi berbaloi ke dengan masa setahun terpaksa duduk dalam penjara sebab parent tak dapat cari RM2000....

Ada banyak lagi kes yang melibatkan kanak-kanak... tapi uncle nak tarik perhatian kepada satu kes seorang kanak-kanak yang ditahan atas kesalahan curi motor.... kes ni kes yang kedua ... seminggu sebelum kes ni ... kanak-kanak ini telah ditahan dalam satu kes yang sama ... curi motor... tak sampai seminggu dah kena tangkap kes baru....

Ikut amatan ...budak nampak ok tapi di dalam siapa yang tahu.... ikut laporan akhlak JKM teruk jugak kes budak ni, tak dengar kata, melawan dan macam-macam lagi... yang jadi ceritanya panjang ialah bila keluarga dah tak sanggup nak jamin... biarlah di bawa ke sekolah khas.... Ikut amalan uncle jarang sangat kes seperti ini uncle nasihatkan kanak-kanak dihantar ke sekolah khas ... bagi uncle lebih baik dalam usia yang muda kanak-kanak ini perlu bersama keluarga dan beliau dihantar mengikut bengkel interaktif dan kaunseling..... lebih baik.

Uncle cuba nak nasihatkan keluarga.... mak dan kakaknya.... supaya mengambil tanggungjawab jaga kanak-kanak ini.....sebab uncle takut dan risau kerana tiada apa-apa jaminan anak ini akan berubah apabila beliau masuk ke sekolah khas kelak.... maklumlah macam-macam orang ada disitu.

Akhirnya..... keluarga kanak-kanak telah putuskan juga untuk hantar beliau ke sekolah khas ini.....kanak-kanak ini menangis ..... merayu.... pada keluarga ... tak mau katanya..... Tapi ape boleh buat lagi bila keluarga sendiri sudah nekad.... kanak-kanak ini akhirnya diperintahkan masuk ke sekolah khas....menangis macamana lagi pun dah tak guna...

Apa yang uncle nak bangkitkan ialah .... amatlah menyedihkan apabila seorang kanak-kanak ditolak oleh keluarga sendiri.... perasaan ....hanya kanak-kanak yang sahaja yang tahu. Tindakan setengah keluarga memang nampak keras... tapi mungkin ia bagus dan sebaliknya... subjektif sekali. bagi yang dapat anak baik dan mendengar kata mungkin tak jadi hal... tapi yang dianugerahkan sebaliknya macam mana pulak.... perlu ke kita mudah sangat serik atau give up.... susah uncle nak jawap. ...

Uncle berharap dan berdoa pada yang Maha Esa..... uncle pun ada anak.... harapan pada dia cukup tinggi.... harap dia faham... untuk give up didik dia ... doa pada tuhan harap-harap jangan walaupun sekali.

ps. tak boleh cerite detail sangat... kanak-kanak dilindungi oleh Akta kanak-Kanak 2001.

9 comments:

~teratai bunga indah~ said...

terharunya baca..huhu..
cne uncle terlibat dlm hal2 macam ni?sbb YATIM eh?

uncle said...

cik tina teratai bunga terindah...
utk makluman .... kawan2 yang minta tolong... ada banyak lagi kes.... lagi sedih.... nanti uncle cerite.

miss hannan said...

sedih2...
tp ble pk balik....susah gak..
kalau didik dgn lembut...nt bdk2 manje dan tak mendengar kata..
bila didik dengan keras...nt tumbesaran psikologi dia plak terganggu....
payah gak...
ikut pengalaman....(nk kongsi sikit la ni)...
sy dididik dgn agak balanced la kot.
ibu garang...perfectionist..wat itu tak leh..ini tak leh... dan sgt2 menitik beratkan pelajaran.
ayah lbh lembut dan bertoleransi..
so sye tak la wat pemberontakan atas didikan ibu sy tu..he3...

tp uncle..pd sy la...yg penting cara penerimaan seseorg tu la..
kalau dlu..mse sy seorg budak kecil lagi..sy mmg rase ibu tak syg sye..pdhl bukannye tak penah dipeluk cium ke hape...cume sering terbayang2 kalau time dia marah..(takut tu~)
tp ble da besar ni...da faham knape ibu didik sy cmtu...sbb kalau tak didik dgn tegas dan garang...sy rase sy tak jadi cm sape sye pd hari ni.

dan pd sy bila seseorg budak tu da meningkat umurnya...mesti la cara didikan oleh ibu dan ayah berbeza ikut usia.....
tak boleh la nk didik anak umur 20 thun cm didik dia mase umur 10 tahun.

uncle said...

miss hannan,
mendidik bermula dari dalam kandungan lagi.... 3 karektor penting.... ibu bapa,komuniti dan anak itu sendiri. .... dalam kes hanan uncle nak sentuh elemen keluarga iaitu ibu dan ayah ....semuanya dah balance, karektor mak dan ayah dah cukup bagi hanan menjadi seorang anak .. yang boleh uncle katakan dah berjaya.... utk pengetahuan hannan elemen inilah yang uncle terapkan dalam program2 yatim... kem komandan ... watak tegas dan provokatif. manakala fasi... watak ... lembut dan toleransi...

elemen lain kita akan bincang kendian.... tapi uncle uncle akan fokus pada ... anak2 bermasalah

t.k. kene beri pendapat.

~teratai bunga indah~ said...

menariknya topik yang dibincangkan...huhu.. cikgu pon kena ada elemen ni. dan sy bersyukur sbb berkesempatan belajar masa jd fasi..pengalaman tu yg penting.

uncle, sy tunggu cite uncle tu..hee

miss hannan said...

kini...bila dah bergelar pelajar sn dgn pendidikan thn akhir...
sy makin bersyukur sbb sy adlh seorang fasi....
dlu nk bercakap dpn khalayak pun sy gugup dan terketar2 gak la...
tp skang..Alhamdulillah sy rasa sy mampu untuk pergi latihan mengajar dgn tenang.

dunia fasi mmg bnyk membantu sy memahami karektor manusia yg pelbagai.

commander_black said...

salam...
lama dah update..
bz sikit...
sekolah nak sukan..
silibus tak abih lagi...
kelas tambahan kene buat...
hehehehehehe...

terima kasih uncle...
banyak pengalaman semasa bersama dengan uncle...
tidak boleh diperolehi di universiti..
cerita yang menarik...
saya pernah menjadi fasilitator, saya pernah menjadi kem komander,
saya pernah menjadi MT,
saya pernah menjadi penceramah,
saya pernah menjadi urusetia,
dalam sesuatu organisasi...
setiap orang mempunyai peranan yang berbeza dan tersendiri...
apa yang saya nak bagitau adalah dari pandangan berbeza dan juga peranan berbeza...
sebab ape saya berkata demikian saya sudah melaluinya...
apabila saya sebagai fasilitator hati saya sayu apabila pelajar kene denda...
tetapi apabila saya sebagai kem komander saya tidak pernah menghiraukan orang lain...

kita kene tahu peranan masing2 untuk membentuk pelajar yang baik...
dalam konteks kehidupan... ibubapa, masyarakat sekeliling, rakan2 dan juga diri sendiri memainkan peranan...
kita tidak boleh berdiri sendiri tanpa bantuan orang lain....
selain itu kasih sayang dan perhatian kepada pelajar...

stop kat sini dulu...
ade keje...
pikir2kan lah...

ashkid said...

I thank Allah for blessing me with parents who have never gave up on me and my siblings (especially my youngest brother as he has a lot of disciplinary problems)... Even when they have problems between them and always fail to hide them from us (quite frankly it affects us as we feel sad/angry that they don't get along well), they still push us to study and succeed in life...

I believe that those who sacrifice their time for these kids are very noble. Who would guide these kids if their own parents have given up hope on them? May Allah bless those people in every step they take to help these kids...

joharihamzah said...

salam Uncle..

" bertapa mencari ilmu dikatanya duduk dalam kepompong.."

isu yg uncle sebutkan memang benar2 terjadi di Malaysia..saya katakan ia adalah suatu yg gila apabila kanak2 terpaksa meringkuk dalam penjara.

saya terlibat untuk program sekolah juvana sentul - tahun 2003 - ingat2 lupa..selama 2 bulan..didalam tu semua rata2 berumur antara 11 dan 17 tahun. muka masing2 memang cukup sedey la. tapi yg lebih perit bila lihat rekod kesalahan mereka. kecil2 dah pandai merogol adik sendiri, kecil2 dah pandai kopak umah orang, kecil2 sudah pandai menikam org lain, kecil2 sudah pandai merembat motor org...dan list bertambah panjang, saya juga tak tertulis semuanya..

rumah / syurga kediaman mereka,selama setahun hanyalah bangunan yg sebesar lebih kurang 2 buah kelas..disitulah mereka solat, makan, berak, kencing, bermain, bergusti, dan bermacam lagi..bila jam 9 malam,mereka masuk kandang besi, yg berada dalam bangunan itu juga..

saya teringat, bila ditanya pada salah seorang mereka,

"apa mak bapak kamu buat bila dia tahu yg kamu lakukan kesalahan ini?"

jawapannya- TAK WAT APAPUN!! - sambil dengan muka selamba kodoknya..

inilah yg paling dikesalkan sebenarnya..saya amat terperanjat bila ibubapa mereka tak berbuat apapun..seolah2 kanak2 ini bukan anak2 mereka. seolah2 budak ini boleh pergi jahanam dengan sendirinya tanpa perlu ditegur!

teringat saya dolu2..atuk dan nenek yg membela saya sedari kecil memang tak pernah bagi can pada saya..(saya dipisahkan dari ibubapa dari kecil)..

setiap kali wat salah jer, memang 'rezeki saya' akan melimpah dengan rotan bulu ayam. jika tiada rotan-talipinggang berguna jua, jika tiada rotan-getah paip berguna jua, jika tiada rotan-batang ubi berguna jua, jika tiada rotan- penampar tetap boleh bagi punya!!!

saya dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan sepenuh perhatian oleh mereka, walaupun saya bukan anak kandung mereka sendiri..saya ditatang bagai minyak yg penuh, dijagai agar tiada setitik pun yg tertumpah..di dodoi setiap kali ingin tidur, dan di bantai setiap kali melakukan kesalahan..

bagi saya anak2 ini perlu diberi perhatian, baik dengan belaian dan juga bantaian! dengan cara itu, mereka akan mengerti bahawa kita memang benar2 serius memberi perhatian kepada mereka, dengan itu mereka akan sentiasa ingatkan kita, terutama bila mereka sudah berjauhan dengan kita..itulah yg saya rasa terhadap kedua atuk dan nenek saya itu..

saya pernah tempeleng seorang budak tahun 2004. tahun lepas, saya berjumpa dia kembali..dia mengucapkan terima kasih pada saya kerana hasil tempeleng saya, beliau rasa amat dihargai dan rasa masih ada orang mengambil berat pasal dirinya. dia sedang sambung belajar di ipta sekarang walaupun saya sendiri terkejut kambing- sebab dahulunya dia memang tersangatlah sengal ubi!

saya katakan, kejayaan dia hari ini adalah kerana usahanya sendiri, dan jika ingin berterima kasih, maka teruslah istiqamah dalam berbuat kebaikan, dan sedekahlah fatihah pada semua guru2 beliau dan juga atuk nenek saya kerana mendidik saya agar memberi perhatian kepada orang lain dengan sepenuh perhatian..

"orang lain, yang kemudiannya dijadikan sebahagian dari hidup kita,maka janganlah kita khianat dengan mengabaikannya.."

inilah motto pegangan hidup saya..sekali dia mengenali saya, maka selamanyalah saya akan jadikan mereka sebahagian dari saya..saya tak pernah kedekut untuk beri galakkan pada mereka yg baik, dan tak pernah takut untuk beri mereka "peringatan" jika mereka melakukan kesalahan..

kerana sesungguhnya, apa yg kurang didunia ini, bukanlah kasih sayang Allah, tetapi kasih sayang, perhatian, belaian dan BANTAIAN dari kita, sesama hamba Allah...

sekian ceritera adanya..

TQ