Sunday, December 28, 2008

PELAJAR IPT DAN KESUKARELAWANAN

1.Saya baru sahaja mengikuti satu program mengenai kesukarelawanan. Program ini diadakan pada 25 hingga 27 Disember 2008 yang lalu bertempat di Kem Perah, FRIM. Mengikut kebiasaan di hujung-hujung tahun sebegini saya dan sekeluarga selalunya akan mengambil peluang untuk bercuti panjang memandangkan cuti tahunan pun masih ada lagi. Tambahan pula, telah menjadi polisi organisasi yang mana cuti tak boleh dibawa ke tahun hadapan. Mahu atau pun tidak kena habiskan cuti juga.

2.Tapi kali ini, mungkin disebabkan kerisauan akan kesan-kesan kegawatan ekonomi, membuatkan saya terpikir untuk lebih berjimat pada tahun ini, bak nasihat orang lama-lama ‘sediakan payung sebelum hujan’. Akhirnya membuatkan saya lebih suka menghabiskan masa di Kuala Lumpur sahaja.

3.Berbalik kepada program kesukarelawanan ini, saya sebenarnya kagum dengan sikap dan semangat sebahagian pelajar yang sedang menuntut di IPT tempatan, pelajar IPT yang saya maksudkan kali ini ialah penuntut dari Kolej Sultanah Bahiyah, Universiti Malaya. Mereka ini acap kali menganjurkan program untuk anak-anak yatim dan kali ini mereka bercadang untuk menganjurkan program yang sama untuk kali ke 12. Ini merupakan satu kejayaan sebenarnya, jarang sekali saya lihat sesuatu program itu dijadikan sebagai program tradisi dan boleh mencapai umur 12 tahun. Satu pencapaian yang hebat. Lebih membanggakan lagi, terdapat juga pelajar senior dan bekas pelajar yang tinggal di kolej yang sama masih memberikan sokongan penuh mereka.

3. Kekaguman saya ini dirasakan bertempat juga kerana jika dikirakan peratus atau lebih tepat lagi nisbah para pelajar yang ingin menjayakan program sebegini sebenarnya amatlah kurang jika dibandingkan mereka yang tinggal di kolej yang sama adalah agak tinggi jumlahnya. Sebahagian besar dari mereka lebih mengutamakan pengajian mereka dengan mengelakkan diri dari menyertai mana-mana program yang boleh menganggu masa pengajian mereka. Hendak dikatakan mereka salah berbuat demikian sememangnya tidak adil dan tidak boleh saya pertikaikan, Ya memang benar jika mereka aktif melakukan kerja-kerja lain selain memberikan keutamaan pada pengajiaan mereka, sudah tentu ia menganggu, sebab merekalah yang akan menanggungnya jika mereka gagal dalam pengajian dan bukannya orang lain.

4.Namun begitu saya ingin berkongsi pengalaman dengan pembaca semua, seorang sahabat yang sering melibatkan diri dengan kerja-kerja kesukarelawanan semasa di IPT, beliau pernah berbincang bersama mengenai hal ini, katanya dalam perjalanan kematangan seseorang dalam melibatkan diri dengan kerja-kerja kesukarelawanan ini, mereka akan melalui 3 fasa atau cabaran utama.

5.Cabaran yang pertama ialah semasa pelajar itu menuntut di IPT, ini bagi mereka yang berjaya masuk ke IPT lah, bagaimana mereka membahagikan masa untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja kesukarelawanan dan tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai seorang pelajar IPT yang mana mereka perlu menghadiri kuliah dan menyiapkan tugasan serta mengulangkaji pelajaran.

6.Kedua, cabaran yang akan mereka hadapi apabila mereka telah berjaya memperolehi ijazah ataupun diploma dan mula memasuki dunia ataupun alam perkerjaan. Penglibatan mereka dalam kerja-kerja kebajikan sudah tentu menjadi cabaran hebat, kekangan tanggungjawab di pejabat dan masa untuk meneruskan kerja-kerja kesukerelawanan. Kebiasaannya seseorang itu akan mula mengurangkan dan ada meninggalkan terus kerja kesukarelawanan ini.

7.Dan yang terakhir cabaran ke 3, ialah apabila mereka memasuki alam berkeluarga. Selalunya inilah merupakan kata putus dalam penglibatan sesorang dalan kerja-kerja kesukarelawanan ini. Dengan lahirnya sebuah institusi keluarga banyak perkara yang boleh mengekang seseorang itu untuk terus melibatkan diri. Tanggungjawab kepada isteri, anak dan kerja merupakan cabaran terbesar. Lazimnya dalam cabaran ini, penglibatan sesorang itu akan berhenti terus, mereka tahu betapa pentingnya keterlibatan mereka tapi selalunya tumpuan akan diberikan terus dalam menguruskan keluarga. Ada yang cuba untuk terus melibatkan diri tetapi jumlahnya agak kecil.

8. Perkara ini saya sentuh, untuk kita fikirkan bersama kerana dalam kita menetapkan keutamaan dalam kehidupan yang kita bina untuk masa depan kita, perancangan masa depan anak-anak, keselesaaan diri dan keluarga yang kita bina dalam bentuk harta dan bermacam-macam lagi. Ada juga segmen-segmen dalam masyarakat kita yang tidak boleh melakukan seperti apa yang kita rancang untuk diri dan keluarga kita. Kegagalan mereka merancang dan melaksanakannya untuk meningkatkan status penghidupan diri dan keluarga mereka kepada lebih baik mungkin bukan disebabkan kekurangan diri mereka atau mungkin atas sebab faktor-faktor lain yang tidak boleh dielakkan. Tapi yang jelas mereka adalah golongan yang mesti kita hulurkan tangan dalam apa jua bentuk sekalipun. Mereka perlukan dokongan dan sokongan, halatuju yang jelas dan keyakinan diri yang mantap dan harapan yang bertempat, dalam konteks pelajar UM ini, kumpulan sasar mereka adalah adalah anak-anak yatim.

9.Jika pelajar itu berjaya menetapkan keutamaannya, penglibatan mereka dan kerja-kerja kebajikan ini merupakan nilai tambah pada diri pelajar itu sendiri. Pembentukan perwatakan lebih baik lagi hasil kemahiran kemanusiaan yang mereka lalui dalam melibatkan diri dalam kerja-kerja kebajikan ini membuatkan mereka menjadi pilihan dalam pemilihan untuk menjawat sesuatu jawatan apabila memasuki alam pekerjaan kelak.

10.Hakikatnya, lebih ramai masyarakat yang melibatkan diri didalam kerja-kerja kesukarelawanan ini adalah lebih baik, sebab masih ramai lagi yang memerlukan. Saya percaya dan yakin ramai lagi pelajar-pelajar IPT di luar sana yang mempunyai semangat dan keinginan seperti penuntut di Kolej Sultanah Bahiyah Universiti Malaya. Ada juga yang sememang telah pun bergerak dan melakukan program berfaedah semasa di IPT, tetapi yang pasti kita perlukan lebih ramai lagi. Golongan sebegini sebenar boleh dibilang dengan jari. Cuba kita bayangkan dari 26 juta rakyat di Malaysia hanya sekelumit sahaja yang melibatkan diri dalam kerja-kerja kebajikan ini. Banyak lagi segmen dalam masyarakat yang memerlukan manusia yang begelar sukarelawan ini. Hendak berharap pihak berwajib sahaja amatlah tidak bijak jika orang yang perlu dibantu itu berada di depan mata.

11.Tahniah, para sukarelawan.

12 comments:

asrulnizam said...

thanxs uncle sb x habis2 puji dak2 UM(i mean 2nd,hehehe)..

tp sy setuju kata uncle..adalah tidak adil klau kita memaksa mereka2 yg tidak aktif melibatkan diri dlm mana2 projek..akan tetapi,soft skill tetap perlu diterapkan didalam diri setiap mahasiswa..tidak mahu tidak, ianya tetap berguna setelah mereka menamatkan pengajian kelak..tiada gunanya gred yg tinggi klau cakap tergagap tika di interview..

namun apapun terpulang la pd diri mereka untuk menilai..siapa la kita untuk mengajar..masing2 dah besar n bijak pandai semuanya..manakn dpt masuk universiti, klau x tahu nk menilai..sekadar berusaha membuka minda mereka setakat yg termampu..selebihnya..biar mereka tentukan..nak lebih2 pun, tiada gnanya..

p/s: kolej kediaman tuanku bahiyah..bkn sultanah bahiyah..hehehe
jgn marah!!nanti kena jual..

uncle said...

terima kasih sdr asrul kerana sudi singgah ke blog uncle. Terlebih dahulu uncle mohon maaf atas kesilapan tulis nama baru klj kedua,tapi kalau kena jual pun ntah ada orang nak beli...

p.s
camna tahu uncle ada blog..

asrulnizam said...

hehehe..
laku jer, nak try test market ke??
neway, abg halim yg bagi tau uncle ada blog..so sambil sy update my blog..singgah jap kat blog uncle..
itulah kisah nyer..

uncle said...

sdr asrul
mohon kebenaran letak blog asrul dalam blog uncle...
tk

sri_azmi said...

askm.

thanks uncle ngan ilmu yg uncle bagi mnmbahkan minat saya nak join program2 kesukarelawanan nieh..=)

asrulnizam said...

oo, sure..no problem

Zamani Mk said...

"Pemimpin yang hebat bukan lahir dari bilik-bilik kuliah, tapi dia lahir dari tengah-tengah hiruk-pikuk masyarakat"

Teruskan menulis uncle...

tokzam.blogspot.com

uncle said...

Terima Kasih Tok,
Sudi kiranya perbincangan mengenai kesukarelawanan ini kita panjangkan bila sempat bertemu kelak

~teratai bunga indah~ said...

teratai bunga indah dtg..

assalamualaikum...

takut plak nk tulis komen.. ayat uncle skema..hee..

terima kasih byk2 sbb masih sudi lagi bg sokongan pada kami ni.. tanpa uncle dan pihak yatim, siapalah kami...

mari teruskan perjuangan..

uncle said...

terima sdr tiena kerana sudi singgah .... skema tu terpaksa sebab cakap pasal orang terpelajar.... maklumlah um kan.

miss hannan said...

salam uncle...
baru berkesempatan utk membaca dgn tenangnye blog uncle...
terima kasih sbb sudi menulis kisah kami...
tp pertama2nya terima kasih pd uncle yg sudi berkongsi ilmu dgn kami semua.
selagi peluang ada dan selagi cabaran2 besar seperti yang uncle perkatakan belum memenuhi jadual harian...insyaAllah sy akan terus memberi sokongan dan terlibat sama.

commander_black said...

rasa cam nak komen gak...

setakat nih...
ok kot...
pada saya mana yang mampu saya tolong... saya tolong ler...
jangan lupa panggil program..
huhu